Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua maut dalam serangan sambut Halloween
  • GLOBAL

Dua maut dalam serangan sambut Halloween

Utusan Sarawak 5 years ago
TRAGIS… Sambutan Halloween di Quebec bertukar tragedi selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau dikatakan menyerang secara tiba-tiba.• Foto AFP

QUEBEC: Sambutan Halloween di Bandar Quebec, Kanada pada Sabtu malam bertukar tragedi apabila dua maut manakala lima yang lain cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau dikatakan menyerang secara tiba-tiba.

Menurut Polis Quebec, individu yang tidak didedahkan identitinya itu menyerang orang awam yang sedang mengadakan sambutan Halloween dengan memakai pakaian ala zaman pertengahan.

Insiden yang berlaku berdekatan bangunan parlimen itu menyebabkan suasana panik sebelum suspek bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Bagaimanapun, lelaki berusia 20-an itu berjaya ditangkap tidak jauh dari tempat kejadian beberapa jam selepas serangan tersebut.

Lima yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran manakala dua disahkan maut di tempat kejadian.

Polis masih menyiasat secara terperinci motif sebenar kejadian itu. Polis terpaksa mengeluarkan arahan agar semua penduduk berhampiran tidak keluar rumah bagi mengelakan sebarang kejadian tidak diingini dan membolehkan siasatan dijalankan.-AFP

Continue Reading

Previous: 9 maut dalam gelongsoran tanah
Next: Korban serangan Vienna meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.