BINTULU: Dua mangsa cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Nyabau Bintulu, sekitar jam 9.00 malam Jumaat lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Christus Buson berkata, mangsa dikenali sebagai Carlos Jijip, 35, dan Rani Unyong, 34.
“Setibanya di lokasi kejadian yang berlaku adalah daripada kemalangan kendiri melibatkan kenderaan yang digunakan oleh dua mangsa terbabit,” katanya.
Bagaimanapun, katanya mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.
“Mangsa kemudiannya dibawa oleh orang awam menggunakan van mereka,” katanya.
Jelasnya, kini kedua-dua mangsa terbabit berada di Hospital Umum Bintulu untuk rawatan dan tindakan yang selanjutnya.