Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Dua lelaki curi kabel dipenjara 18 bulan
  • MAHKAMAH

Dua lelaki curi kabel dipenjara 18 bulan

Utusan Sarawak 5 months ago
ANGGOTA polis mengiringi dua lelaki terbabit (dua kiri dan tiga kiri) sebaik dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret Limbang, kelmarin.

LIMBANG: Mahkamah Majistret di sini kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap dua lelaki selepas didapati bersalah terhadap dua kes pertuduhan berkaitan mencuri kabel pada Disember lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot, dua lelaki terbabit berusia antara 30 hingga 40 tahun, dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua lelaki itu dikenakan penjara selama lapan bulan bagi kesalahan pertama dan 10 bulan penjara bagi kesalahan kedua.

“Kedua-dua kes tersebut telah berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya kedua-dua saspek tersebut beserta rampasan-rampasan barangan curi yang berjaya dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Parum berkata, pihaknya menerima laporan kejadian curi kabel tembaga pada 13 Disember lalu di Balai Polis Medamit dan Bambangan sebelum membuat tangkapan terhadap dua orang lelaki terbabit.

“Pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang sedia memberikan maklumat kepada pihak polis bagi membantu menyelesaikan kes-kes jenayah yang berlaku di Daerah Limbang,” katanya.

Masyarakat, sehubungan itu, dinasihat mengelakkan diri dan keluarga daripada melakukan kegiatan jenayah dan melanggar mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa.

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Najib tidak dapat tidur sejak 3,4 hari lepas
Next: Bekas petugas ASNB dari Kanowit didakwa pecah amanah lebih RM263,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.