Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua kotak hitam pesawat tergelincir ditemui
  • GLOBAL

Dua kotak hitam pesawat tergelincir ditemui

Utusan Sarawak 5 years ago
SUMBER BUKTI… Dua kotak hitam yang merekodkan maklumat di dalam pesawat yang tergelincir dari landasan di Kerala, India telah diambil bagi tujuan siasatan. • Foto AFP

KOZHIKODE: Dua buah kotak hitam yang merekodkan maklumat di dalam pesawat yang tergelincir dari landasan di Kerala, India telah diambil bagi tujuan siasatan.

Perkara itu disahkan Menteri Penerbangan Awam India, Hardeep S. Puri, yang melawat kawasan nahas pesawat itu pada Sabtu.

Beliau pada masa sama mengesahkan seramai 18 orang terkorban dan lebih 120 mangsa cedera. Kedua-dua juruterbang Air India Express merupakan antara yang terkorban dalam kejadian itu.

Manakala 15 yang tercedera kini berada dalam keadaan kritikal.

Dilaporkan, enjin pesawat pecah kepada dua bahagian dan ditemui dalam kawasan lembah sedalam 10 meter.

Pesawat itu membawa 174 penumpang dewasa, 10 kanak-kanak, dua juruterbang dan lima kru penerbangan.

Air India Express Boeing 737 dari Dubai itu adalah pesawat evakuasi Covid-19. Kemalangan berlaku kira-kira 7.40 malam waktu tempatan dalam keadaan hujan lebat.-AFP

Continue Reading

Previous: Angka korban Covid-19 melebihi 718,000
Next: 43 mayat ditemui dalam runtuhan tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.