Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua kereta terbakar di hadapan rumah
  • KEMALANGAN

Dua kereta terbakar di hadapan rumah

Utusan Sarawak 7 months ago
DUA kereta di tempat parkir kereta di luar rumah di No. 1D, Lorong Lilin tiba-tiba terbakar, awal pagi tadi.

SIBU: Dua kereta yang diparkir di luar rumah tiba-tiba terbakar di No. 1D, Lorong Lilin di sini, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba melakukan penilaian awal menggunakan kaedah RECEO dan mendapati kebakaran melibatkan dua buah kereta, iaitu Honda City dan Proton Saga, yang terbakar di kawasan parkir rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran tersebut mengakibatkan kereta jenis Honda City musnah terbakar, manakala Proton Saga 40 peratus musnah dalam kejadian.

“Struktur bangunan rumah pula terbakar sekitar lima peratus, menjejaskan tempat letak kereta, pintu cermin, dan sebahagian dinding akibat bahang kebakaran.

“Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari pili bomba dan foam melalui kaedah ofensif,” jelasnya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Kemalangan korbankan tiga kanak-kanak: Tunggu hasil siasatan, SOP baharu jika perlu
Next: Rumah musnah terbakar di Kampung Serayan Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.