SERIAN: Dua individu terselamat selepas kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki mereka terbakar 100 peratus di Kampung Abit, di sini, malam ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.59 malam.
“Setibanya di lokasi pada 10.23 malam, pasukan mendapati sebuah Proton Wira Aeroback telah terbakar sepenuhnya.
“Dua mangsa telah berjaya dikeluarkan dari kenderaan berkenaan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.
“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 10.27 malam dan pemeriksaan lanjut mendapati tiada lagi punca api sebelum keadaan disahkan selamat.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Oleh Adele Rissa





