Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua beradik dikhuatiri lemas
  • WILAYAH

Dua beradik dikhuatiri lemas

Utusan Sarawak 2 months ago
GIAT JEJAKI… Anggota bomba mencari dua beradik yang lemas di Sungai Batang Mukah, petang tadi. -Foto kredit PGO

MUKAH: Dua beradik dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Batang Mukah, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.23 petang sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi.

“Mangsa dikenali sebagai Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adiknya, Susie Kiu, 7, yang dilaporkan hilang selepas tenggelam dibawa arus.

“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Menurut maklumat awal, kejadian berlaku sekitar jam 3.50 petang ketika kedua-dua mangsa mandi di sungai berhampiran Kampung Bedanga, sebelum dihanyutkan arus kerana tidak tahu berenang.

Ibu mangsa yang menyedari kejadian cuba menyelamatkan mereka namun gagal.

Setakat ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui.

OLEH TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Masalah bekalan air bakal berakhir
Next: Rebut peluang mohon EFS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.