Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DLP: Pelajar Sarawak tahun 6 duduki peperiksaan Pentaksiran Standard tahun depan, Tingkatan 3 pada 2028
  • SEMASA

DLP: Pelajar Sarawak tahun 6 duduki peperiksaan Pentaksiran Standard tahun depan, Tingkatan 3 pada 2028

Utusan Sarawak 6 months ago

TERIMA KASIH....Dr Annuar menerima cenderamata daripada Yusuf selepas merasmikan Program Jangkuan MLNG Bestari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Oya, Sibu, hari ini.

SIBU: Semua pelajar Program Dwibahasa (DLP) Sarawak di Tahun 6 mulai 2025, dan Tingkatan 3 mulai 2028 akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Standard.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Permbangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, pihaknya sedia berbincang jika terdapat sekolah yang bukan di bawah DLP dan mahu menduduki peperiksaan tersebut.

“Misalnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bukan di bawah DLP, tetapi mungkin mereka mahu menduduki peperiksaan tersebut.

“Ada juga sekolah swasta bertanya adakah mereka boleh menduduki peperiksaan tersebut, itu kita boleh bincang.

“Kita tidak ada keputusan, tapi peperiksaan ini adalah untuk Sekolah Kebangsaan (SK) iaitu pelajar di bawah Skim DLP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jangkauan MLNG Bestari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Oya, Sibu, hari ini.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, dengan ada ujian tersebut ia akan dapat melihat pencapaian pelajar di seluruh Sarawak.

“Kita boleh melihat sekolah mana yang boleh kita bantu jika mereka mendapat keputusan yang tidak baik,” katanya.

Beliau memberitahu, peperiksaan dikelolakan oleh Cambridge University Press & Assessment.

“Maka, peperiksaan tersebut mempunyai kualiti di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata seramai 

6,545 orang guru telah menyertai Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) untuk Guru Sains dan Matematik DLP di seluruh negeri sejak ia dilaksanakan pada 2019.

Setakat ini, CPD itu melibatkan guru DLP Darjah 1 hingga Darjah 5 dan akan diteruskan untuk melatih guru DLP Darjah 6 dan Tingkatan 1 pada tahun depan.

Turut hadir ialah Naib Presiden Kanan, Perniagaan Gas dan Maritim, Abang Yusuf Abang Puteh; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG), Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya, Dr. Zulkarnain Farihin Abdullah.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Bangkai ikan paus ditemui sangkut pada jeriji berdekatan Jambatan Triso
Next: Tuntutan hak: SUPP sokong, berdiri teguh di belakang Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.