Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) bakal diperluaskan
  • SEMASA

Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) bakal diperluaskan

Utusan Sarawak 8 months ago
UNTUK KENANGAN… Maziah (enam kanan) dan tetamu jemputan merakam kenangan bersama para penerima CBO di Dewan MUC Kampung Nyabor, hari ini.

SIBU: Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) akan diperluaskan kepada semua daerah dan negeri di Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr Maziah Che Yusoff berkata, ini bagi memudahkan capaian maklumat serta mempercepatkan tindakan bagi membantu komuniti yang memerlukan KPWKM dan agensi di bawahnya.

“Ini khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), berperanan penting sebagai barisan hadapan kerajaan dalam membangunkan masyarakat yang sejahtera, berdikari, dan berbudaya penyayang. 

“Namun begitu, kita tidak boleh memikul tanggungjawab ini sendiri. Itulah sebabnya kita ingin mendekati masyarakat kerana mereka yang lebih tahu apa yang berlaku dalam komuniti setempat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri merasmikan Program CBO KPWKM@SARAWAK di Dewan Kelab Melayu (MUC) Kampung Nyabor, hari ini.

Katanya, JKM telah mewujudkan Direktori CBO ini sebagai satu panduan dan rujukan yang boleh membantu masyarakat yang memerlukan sokongan atau bantuan, khususnya kepada kumpulan sasar KPWKM iaitu wanita, kanak- kanak, keluarga, warga emas dan OKU.

Dalam konteks ini, katanya lagi, ahli CBO terdiri daripada pelbagai jawatankuasa dan sukarelawan kebajikan termasuk PAWE, PPDK, PPKK serta ahli komuniti. 

“Mereka adalah rakan strategik JKM dalam menyantuni dan melindungi kumpulan sasar di bawah KPWKM. 

“Hari ini, mereka didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran penting untuk menjalankan peranan ini,” ujarnya.

Tambahnya, ahli-ahli CBO akan memainkan peranan penting dalam melindungi dan menyokong kumpulan sasar di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. 

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Next: Elak kebimbangan, Sarawak Energy perjelas aktiviti pemasangan meter pintar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.