Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dibenarkan keluar sebentar jika ada kecemasan
  • TEMPATAN

Dibenarkan keluar sebentar jika ada kecemasan

Utusan Sarawak 4 years ago
SEGERA DIDIRIKAN… Klinik khas akan didirikan bersebelahan pondok kawalan penguatkuasa bagi menyediakan kemudahan perubatan kepada penduduk Sungai Plan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan terbabit sehingga 3 Jun depan.

BINTULU: Penduduk kawasan Sungai Plan hanya dibenarkan keluar buat sementara waktu jika mempunyai hal kecemasan atau perubatan sahaja.

Pada Jumaat lalu, jalan keluar masuk ke Sungai Plan ditutup selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi tujuan pengesanan kes secara aktif (ACD).

Difahamkan, penguatkuasaan tersebut dilaksanakan susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan terbabit sejak kebelakangan ini.

Menurut Ahli Parlimen Bintulu, Dato’Seri Tiong King Sing, sebanyak 171 kes dikenal pasti termasuk satu kematian membabitkan penduduk kawasan Sungai Plan dalam tempoh 1 hingga 20 Mei lalu.

“Jelas sekali kawasan ini telah menjadi antara yang tertinggi daripada semua zon merah.

“Jadi, satu-satunya pilihan adalah untuk menutup kawasan ini yang mempunyai lebih 10,000 penduduk bagi mengelakkan sebarang jangkitan di komuniti ini merebak dengan cepat,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya semalam.

Tambah beliau, penduduk yang tinggal di Sungai Plan hanya boleh dibenarkan meninggalkan kawasan itu buat sementara waktu atas sebab kecemasan atau perubatan.

“Pihak berkuasa juga akan mendirikan klinik bergerak di kawasan setempat untuk menyediakan perkhidmatan perubatan sekiranya diperlukan,” ujarnya.

Untuk makluman, klinik khas akan disediakan bersebelahan salah satu pondok kawalan penguatkuasa sehingga tamat tempoh PKPD.

Jika mempunyai sebarang keperluan rawatan, sila ke tempat berkenaan untuk mendapatkan bantuan kesihatan yang akan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga hingga 5 petang.

Manakala untuk urusan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, boleh datang mengikut temujanji yang telah ditetapkan.

Continue Reading

Previous: Masyarakat Dayak disaran tidak balik
Next: Gesa pertimbang kadar BIW disemak semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.