
Liverpool's Brazilian midfielder Roberto Firmino (C) challenges Real Madrid's Brazilian midfielder Casemiro (L) and Real Madrid's Brazilian defender Eder Militao during the UEFA Champions League first leg quarter-final football match between Real Madrid and Liverpool at the Alfredo di Stefano stadium in Valdebebas in the outskirts of Madrid on April 6, 2021. (Photo by GABRIEL BOUYS / AFP)

VINICIUS Junior berjaya menjaringkan dua gol ketika Real Madrid menghukum banyak kesilapan di bahagian pertahanan Liverpool semalam sekali gus mencipta kemenangan 3-1 dan berada di ambang ke separuh akhir.
Ternyata gandingan Vinicius dan Marco Asensio telah menampilkan aksi cemerlang dengan membolosi pertahanan Liverpool sebelum gerakan mudah hasil daripada lontaran ke dalam yang membolehkan Vinicius meledak gol kedua.
Jaringan Mohamed Salah sejurus selepas rehat memberi sedikit harapan di Valdebebas menerusi gol di tempat lawan menjelang perlawanan kedua di Anfield minggu depan.
Namun tanpa peminat dan dengan rekod buruk beraksi di tempat sendiri, Jurgen Klopp pasti tahu bahawa pasukannya mempunyai segala yang harus dilakukan bagi mengelak bersaing menduduki empat tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris.
“Kami tidak bermain dengan cukup baik, itu kebimbangan pertama saya.Kami tidak layak menang tetapi khabar baiknya ada satu lagi perlawanan.
“Kami akan terus berjuang, 3-1 tidak bagus, tapi kami punya peluang,” kata Klopp
Dalam separuh masa kedua dan di peringkat akhir perlawanan, ketika lawan mereka bertahan dengan apa yang mereka ada, Liverpool dilhat amat kecewa kertana gagal menjaringkan lebih banyak gol.
“Tidak ada yang disahkan, tiada apa yang telah dimenangi. Kami masih bersaing dalam dua pertandingan dan kami akan terus berjuang. Kami akan memulakan perlawanan kedua seperti 0-0 kerana ia akan menjadi satu lagi permainan yang sangat sukar,” kata jurulatih Madrid, Zinedine Zidane.
Madrid tanpa Sergio Ramos, yang selama ini mengawasi pasukannya dari tempat duduk penonton, sementara Raphael Varane diuji positif Covid-19 yang bermakna kedua-dua pasukan tidak membariskan empat pemain pertahanan yang sebenarnya. – AFP