IPU Lubok Antu mencecah 179, 12 kawasan tahap tidak sihat

Facebook
WhatsApp
LUBOK Antu merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 179 dan dikategorikan pada tahap tidak sihat setakat 12.00 tengah hari ini.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Lubok Antu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 179 setakat 12.00 tengah hari ini dan dikategorikan pada tahap tidak sihat.

Bacaan tidak sihat turut direkodkan di Kanowit (178), IPD Serian/MCAQM (174), Kuching (171), Lundu dan Betong/MCAQM masing-masing 168, Samarahan dan Sri Aman masing-masing 164, Sibu (158), Sarikei (151), Tebedu (136) dan Bintulu (117).

Sementara itu, tujuh kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana iaitu Kapit (100), Samalaju (79), Miri (69), ILP Miri (64), Limbang (63), Lawas (60) dan Bario (53).

Mukah pula tidak mempunyai data terkini bagi tempoh berkenaan.

Oleh Adele Rissa