Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dewan Bandaraya Miri 60 peratus siap
  • TEMPATAN

Dewan Bandaraya Miri 60 peratus siap

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAU… Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii (dua, kiri) ketika melakukan tinjauan di tapak pembinaan Dewan Bandaraya Miri di Marina ParkCity di Miri, kelmarin.

MIRI: Projek pembinaan Dewan Bandaraya Miri di Marina ParkCity di sini, kini siap 60 peratus.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya  Miri (MBM) Adam Yii berkata, projek pembinaan dewan baharu itu dijadualkan siap pada 24 Dis tahun ini namun tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Projek berkenaan, yang bermula pada Jun 2019, mengalami kelewatan lebih dua bulan susulan PKP dan PKPB.

“Walaupun bagaimanapun, pihak kontraktor  telah memberi jaminan bahawa mereka akan melakukan yang terbaik untuk menyiapkan projek ini secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, Yii mengadakan tinjauan ke tapak projek berkenaan bersama beberapa ahli majlis , kelmarin.

Projek pembinaan Dewan Bandaraya Miri baharu itu  yang mengadap Laut Cina Selatan, akan menempatkan menara setinggi sembilan tingkat berbentuk tong drum,  pelantar pesiaran/taman bertingkat,  ruang legar di pintu masuk, parkir kereta separa bertingkat, bilik-bilik acara/persidangan, kantin, bilik solat dan dewan teater.

Apabila siap kelak, ia bakal menjadi mercu tanda baharu bandar raya ini.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: SADA giatkan usaha pembangunan Sri Aman
Next: Abang Jo terima kunjungan hormat Alexander Linggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.