Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Deretan gerai tepi jalan ‘hidupkan’ suasana Ramadan
  • Tengah
  • WILAYAH

Deretan gerai tepi jalan ‘hidupkan’ suasana Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago

BINTULU: Meskipun tiada bazar Ramadan rasmi, suasana di Kampung Jepak tetap meriah dengan deretan gerai makanan di tepi jalan, mencipta suasana ibarat ‘bazar pandu lalu’ yang memudahkan orang ramai mendapatkan juadah berbuka puasa.

Hasil tinjauan Utusan Sarawak mendapati harga makanan di gerai-gerai tersebut amat berpatutan, menjadikannya pilihan utama penduduk setempat.

Para peniaga, yang rata-ratanya penduduk tempatan, memanfaatkan peluang tersebut untuk terus menjana pendapatan sepanjang Ramadan ini.

Selain itu, kepelbagaian juadah tradisional dan moden yang ditawarkan turut menjadi tarikan ramai, menjadikan Kampung Jepak tumpuan utama menjelang waktu berbuka.

ANEKA PILIHAN… Antara juadah yang dijual di gerai-gerai tepi jalan di Kampung Jepak pada Ramadan ini.

Justeru, suasana seumpama itu wajar diteruskan pada tahun-tahun akan datang bagi membuktikan bahawa penganjuran bazar Ramadan tidak semestinya perlu gah dan mewah untuk memberi manfaat serta mencipta suasana meriah.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ayuh meriahkan World Quran Hour di Masjid Assyakirin
Next: Projek naik taraf Rumah Panau di Ulu Kemalih Entabai akan dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.