Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Denda RM700, penjara gara-gara lepak ramai-ramai
  • TEMPATAN

Denda RM700, penjara gara-gara lepak ramai-ramai

Utusan Sarawak 5 years ago

MIRI : Akibat melepak beramai-ramai di dalam sebuah kondominium dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lapan individu termasuk dua wanita warga China masing-masing didenda RM700 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Steve Ritikos menjatuhkan hukuman itu selepas semua tertuduh yang berusia antara 23 hingga 38 tahun itu mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa  berhimpun bagi maksud sosial dengan melepak  yang melanggar Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di dalam sebuah kondominium di Tanjung Lobang pada 12.40 tengah malam, 26 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 11(1) peraturan sama yang mempuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kesemua tertuduh dalam rayuan masing-masing memohon hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fillany Siji memohon mahkamah, menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam yang melebihi kepentingan peribadi, ketika negara sedang berusaha membendung wabak Covid-19.

Continue Reading

Previous: Lapan pelajar terkandas selamat sampai di Sri Aman
Next: 200 bungkus bubur lambuk diagihkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.