Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Delegasi MUDeNR, SFC adakan taklimat
  • TEMPATAN

Delegasi MUDeNR, SFC adakan taklimat

Utusan Sarawak 8 months ago

KUCHING: Delegasi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengadakan taklimat bersama Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, NRES, baru-baru ini.

Delegasi SFC diketuai oleh Timbalan Pengawal NPNR, Mohamad Kasyfullah Zaini manakala NRES diketuai Dr. Khairul Naim.

Perbincangan dalam mesyuarat itu tertumpu kepada kemajuan pencalonan TPA Sarawak sebagai Taman Warisan ASEAN (AHP).

Dalam pada itu, delegasi juga mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), pihak berkuasa pengurusan Taman Negara atau sebuah AHP di Malaysia, diikuti dengan lawatan tapak ke Taman Negara Pahang.

”Antara objektif lawatan tersebut adalah untuk bertukar ilmu bagi mempelajari dan mengaplikasikan amalan pengurusan terbaik dalam usaha pengurusan taman dan pemuliharaan daripada PERHILITAN.

”Selain itu, untuk memahami kesan sosioekonomi penetapan AHP ke atas komuniti setempat, termasuk inisiatif pengurusan kolaboratif,” menurut SFC menerusi satu hantaran Facebook.

Selain itu, delegasi itu juga turut melawat Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan, Pusat Pemuliharaan Harimau Malaya dan Institut Biodiversiti untuk meneroka kerjasama pemuliharaan biodiversiti lebih lanjut.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: UiTM, pusat beli-belah the Spring bekerjasama anjur Karnival STEAM Kids
Next: Elak spekulasi berkenaan Operasi Bersepadu di Taman Negara Similajau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.