Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Deguchi dari Kanada raih emas Olimpik judo pertama
  • GLOBAL

Deguchi dari Kanada raih emas Olimpik judo pertama

Utusan Sarawak 11 months ago
BINTANG judo dunia, Christa Deguchi dari Kanada.

PARIS: Bintang judo dunia, Christa Deguchi dari Kanada dengan mudah menewaskan Huh Mi-mi dari Korea Selatan dalam perlawanan akhir judo wanita kategori 57kg untuk merangkul emas Olimpik pertamanya di sini, semalam.

Meskipun pernah tewas kepada Huh di Kejohanan Dunia 2024, Deguchi, 28, mengekalkan keseimbangan ketika Huh cuba melakukan lontaran beberapa kali, dan akhirnya meraih kemenangan di pentas Olimpik, lapor Agensi Berita Xinhua.

Sarah Leonie Cysique dari Perancis dan Haruka Funakubo dari Jepun berkongsi pingat gangsa dalam kategori yang sama.

Dalam kategori 73kg lelaki, Joan-Benjamin Gaba dari negara tuan rumah yang berada di kedudukan No. 35 dunia, mara ke final tetapi gagal menewaskan juara dunia Hidayet Heydarov dari Azerbaijan yang meraih emas.

Pingat gangsa dikongsi Adil Osmanov dari Moldova dan Soichi Hashimoto dari Jepun. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Kekalkan gegelung Olimpik di Menara Eiffel sebagai warisan
Next: Venezuela minta 7 negara Amerika Latin tarik balik kakitangan diplomatik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.