Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DBKU komited selesai pelbagai isu libatkan peniaga
  • TEMPATAN

DBKU komited selesai pelbagai isu libatkan peniaga

Utusan Sarawak 11 months ago
DATUK Bandar DBKU Hilmy Othman menerima kunjungan hormat Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching, Datuk Lily Yong beserta rombongan Ibu Pejabat DBKU, semalam. Turut kelihatan Pembantu Khas dan Penyelaras DBKU, Nicholas Wung Duk Ying (duduk, kanan) dan Timbalan Pengarah Perkhimatan Komuniti DBKU Rudzaimeir Malek (duduk, kiri).

PETRA JAYA: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengambil maklum balas aduan orang ramai terutama melibatkan para peniaga terjejas dalam kawasannya  dan komited untuk menanganinya dalam masa terdekat.

Antara isu terbabit melibatkan para peniaga di Jalan Bazar Utama, Jalan Carpenter, Jalan India, Jalan Gambier dan Jalan Ewe Hai.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching, Datuk Lily Yong bersama Pembantu Khas dan Penyelaras DBKU, Nicholas Wung Duk Ying ketika mengadakan pertemuan dua hala bersama  Datuk Bandar DBKU, Hilmy Othman berkata, isu ini berpunca daripada penutupan jalan khususnya pada hujung minggu.

“Pada minggu pertama dan minggu ketiga penutupan jalan dalam kawasan DBKU telah menjejaskan operasi perniagaan di sini.

“Pemilik perniagaan telah mengutarakan  kebimbangan mengenai kesan negatif penutupan ini terhadap perdagangan mereka dan memandangkan pada hujung minggu, operasi perniagaan hanya dijalankan selama setengah hari.

“Oleh itu, pelaksanaan penutupan jalan ini serba sedikit menjejaskan perniagaan peniaga,” jelas Lily yang mengetuai rombongan peniaga melibatkan kawasan terjejas perdagangan pada kunjungan hormat kepada Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman di Ibu Pejabat DBKU, semalam.

Antara lain turut dibincangkan ialah mencadangkan kepada pihak DBKU berkenaan perhiasan sedia ada di sepanjang Lebuh India untuk ditambah baik bagi meningkatkan kemeriahan budaya dan kekal sebagai tarikan utama pelancong terutamanya semasa musim perayaan.

Mengulas lanjut berkenaan itu, Pembantu Khas dan Penyelaras DBKU, Nicholas Wung Duk Ying mencadangkan penambahbaikan kepada infrastruktur sedia ada di kawasan Pekan Lama Kuching adalah penting untuk kebolehcapaian dan kemudahan yang lebih baik untuk penduduk dan pengunjung.

Lily turut memaklumkan bahawa maklum balas itu dikumpulkan pada tiga Operasi Akar Umbi SUPP Cawangan Kuching yang sedang dijalankan bertujuan menangani kebimbangan setempat dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Lily pada masa sama, turut melahirkan rasa terima kasih kepada Datuk Bandar terhadap peluang bersua muka bersama penduduk dan pengusaha perniagaan dari kawasan pekan lama Kuching.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: ADUN perlu pantau dana UNIFOR, guna secara berhemat
Next: Kerajaan mahu hapus kuasa dijana arang batu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.