Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • David Silva positif Covid-19
  • SUKAN

David Silva positif Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
TEMPOH 10 tahun David Silva dengan Manchester City berakhir awal bulan lepas.• Foto AFP

BEKAS pemain tengah Manchester City, David Silva diuji positif Covid-19, kata kelab barunya, Real Sociedad semalam.

Pemain berusia 34 tahun itu menyertai Sociedad dengan perpindahan percuma awal bulan ini tetapi diuji positif Covid-19 setelah tiba di San Sebastian.

Kelab La Liga itu berkata, ujian kedua Silva dalam tempoh 72 jam sejak tiba di Sepanyol, setelah sebelumnya diuji negatif.

Pemain dari Sepanyol itu, bekas pemenang Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah, meninggalkan Manchester City setelah kontraknya tamat sebelum menandatangani perjanjian dua tahun dengan Sociedad.

Silva mengasingkan diri dan tidak menunjukkan sebarang gejala, kata kelab itu.

Rakan sepasukan baharu Silva, Mikel Oyarzabal juga dijangkiti virus itu dan digantikan dalam skuad Sepanyol.

Sepanyol akan menghadapi Jerman dalam perlawanan pembukaan Liga Negara Eropah di Stuttgart pada Jumaat ini, sebelum menjadi tuan rumah kepada Ukraine tiga hari kemudian. Kempen La Liga Sepanyol 2020/21 akan bermula pada 13 September ini- AFP

Continue Reading

Previous: Hamilton hampiri rekod Schumacher
Next: Djokovic mara dengan kemenangan straight-set

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.