Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Dari Limbang ke Vietnam: SMK Medamit buktikan keupayaan pelajar luar bandar
  • PENDIDIKAN

Dari Limbang ke Vietnam: SMK Medamit buktikan keupayaan pelajar luar bandar

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MEMBANGGAKAN… Ahli pasukan dari SMK Medamit yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir ICIA.

KUCHING: Dua pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medamit, Limbang berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri apabila layak ke peringkat akhir International Creativity & Innovation Award (ICIA) yang akan berlangsung dari 25 hingga 28 April ini di University of Economics, Ho Chi Minh City, Vietnam.

Kejayaan membanggakan ini merupakan hasil penyertaan mereka dalam Program Think and Thinker (T&T) Mini Lab anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), yang bertujuan memupuk kreativiti, pemikiran kritikal dan inovasi dalam kalangan pelajar luar bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Udin Bujang, dalam satu kenyataan hari ini, berkata pencapaian pelajar SMK Medamit ini membuktikan bahawa pelajar luar bandar juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa sekiranya diberikan sokongan dan bimbingan yang sewajarnya.

Untuk rekod, pasukan berkenaan sebelum ini muncul juara dalam Pertandingan T&T Mini Lab Battlefield yang berlangsung di TEGAS Digital Village pada September 2024, sekali gus melayakkan mereka ke pentas global.

“Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan warga SMK Medamit, malah membuktikan bahawa pelajar luar bandar juga mampu menyerlah apabila diberikan peluang dan pendedahan.

Ini merupakan pencapaian luar biasa dan sangat menginspirasikan,” katanya.

Tambah beliau, pencapaian ini turut selari dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030, yang menekankan pembangunan bakat secara inklusif dan berteraskan inovasi di seluruh Sarawak.

Dalam kenyataan sama, TEGAS turut merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga SMK Medamit atas kejayaan tersebut serta semua pihak yang memberikan sokongan dalam perjalanan mereka ke pentas antarabangsa.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SPM 2024: Sarawak catat rekod terbaik GPN sejak 2013
Next: SPM 2024: 6,246 calon tidak hadir peperiksaan, lebih separuh beri alasan bekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.