Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma di Grolite
  • KESIHATAN

Dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma di Grolite

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ORANG ramai berminat boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR terdapat dalam poster promosi acara.

SIBU: Grolite menpelawa orang ramai agar menyokong inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka menerusi penganjuran program “Grolite Blood Donation Drive & Wellness Day” yang dijadual berlangsung, esok.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu, dan akan diadakan di Bangunan Grolite, Jalan Tunku Abdul Rahman, berhampiran Daesco Star Mega Mall, dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Bertemakan “Give Life, Gain Health”, program ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan aktiviti derma darah, tetapi juga memberi fokus kepada kesedaran dan penjagaan kesihatan.

Antara perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan termasuk ujian kepadatan tulang, tekanan darah, tahap glukosa, komposisi badan, serta saringan kesihatan mata yang disediakan oleh Public Medicare Group (PMG).

Sementara itu, JSP (E.M) Bone Alignment Charity turut menyediakan perkhidmatan pelarasan tulang belakang yang merangkumi tiga bahagian utama: servikal, torasik, dan lumbar. Turut diadakan adalah ceramah kesihatan berkaitan sistem penjajaran tulang JSP 3S.

Menariknya, peserta yang hadir berpeluang menikmati kopi barista percuma daripada Outright Coffee, selain menerima baucar, hadiah misteri dan barangan eksklusif, terhad kepada 100 penderma darah terawal.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar awal dengan mengimbas kod QR yang disediakan dalam poster promosi acara tersebut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Harga ubat: GP perlu jelaskan isu berdasarkan kajian, fakta, data
Next: Penjawat awam digesa bantu program derma darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.