Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dana UNIFOR Fasa 1 diagih di Mukah
  • TEMPATAN

Dana UNIFOR Fasa 1 diagih di Mukah

Utusan Sarawak 5 years ago
PERPADUAN…Para penerima merakamkan gambar bersama, Abdul Yakub Arbi pada majlis ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat Balingian.

MUKAH:  Dana Unit Hal Ehwal Agama-Agama LAin (UNIFOR) berjumlah RM500,000  telah diagihkan kepada beberapa buah badan agama di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada Khamis lalu.

Agihan ini adalah bagi  Fasa 1  dan ia telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, di Pusat Khidmat DUN Balingian.

Para penerima dan kegunaan dana adalah Gereja SDA Sungai Sebetong bagi keperluan untuk memasang bekalan elektrik, membina semula Chapel St Mary Balingian, membaik pulih  Tua Pek Kong Balingian, mebina semula  Chapel Katolik Kpg Sau, membina dewan Chapel St Thomas Kpg Teh dan membina pagar Chapel Kpg Jebungan/Kpg Tegak .

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Yakub berharap  agar perancangan serta urus tadbir keperluan belanjawan jawatankuasa agama diselaras dengan sebaik-baiknya.

“Gunakan sebaik mungkin bantuan ini untuk keselesaan rakyat dan untuk pelaksanaan program keagamaan yang berkaitan,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak di atas agihan dana ini dan meluangkan masa untuk memberi penerangan tentang UNIFOR kepada penduduk setempat.

“ Penubuhan UNIFOR sebagai sebuah agensi kerajaan negeri merupakan cetusan idea bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dan inisiatif ini telah diteruskan dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun  Openg,” ujar Yakub lagi.

UNIFOR yang ditubuhkan pada 26 Mei 2017 merupakan unit baharu di Jabatan Ketua Menteri.

“Ia di bawah portfolio Timbalan Ketua Menteri Sarawak,  Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang bertanggungjawab untuk mengawal selia dasar bagi mempromosikan keharmonian antara agama selain menilai, mencadang dan merumuskan dasar, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal agama bukan Islam di Sarawak,”  kata dia lagi.

Justeru UNIFOR akan  menjadi landasan bagi permohonan dana dan tanah untuk pembinaan, baik pulih gereja  atau kuil baharu, termasuk pelaksanaan aktiviti atau program keagamaan.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Abang Jo hadiri sesi dialog Ketua Masyarakat Sarawak
Next: Kampung Bengang dapat ‘durian runtuh’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.