Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Daerah Kuching bertukar ke status merah
  • TEMPATAN

Daerah Kuching bertukar ke status merah

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media perkembangan Covid-19 bertempat di Dewan Undangan Negeri Lama, di Kuching, semalam.

KUCHING: Daerah Kuching telah bertukar daripada status kuning kepada status merah semalam setelah mencatatkan sejumlah 53 kes tempatan dan menjadikan ia satu-satunya daerah di Malaysia yang dilaporkan berstatus merah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia bertukar merah setelah Daerah Kuching mencatatkan sejumlah 16 kes penularan tempatan baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadi di jumlah daerah berstatus merah di Sarawak ialah satu iaitu Daerah Kuching dan yang berstatus kuning sebanyak empat buah iaitu Daerah Samarahan, Serian, Bau dan Lundu.

“Daerah yang masih berstatus hijau ialah ialah sejumlah 35 buah daerah,” katanya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian pada sidang media perkembangan Covid-19 bertempat di Dewan Undangan Negeri Lama, di sini, semalam.

“Daerah Serian juga telah bertukar status daripada status hijau kepada status kuning apabila dua kes tempatan baharu dilaporkan di Daerah Serian.

“Daerah Lundu juga telah bertukar status daripada status hijau kepada status kuning apabila satu kes tempatan baru dilaporkan di daerah tersebut,” jelasnya. 

Tambahnya, Daerah Bau kekal kuning dengan satu kes tempatan dilaporkan dlam tempoh 14 hari yang lepas.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Keputusan JPBNS ambil kira sektor sosial, ekonomi
Next: OSEIC mula operasi September 2020

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.