Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dadah: Remaja dipantau Sekolah Hendry Gurney
  • JENAYAH

Dadah: Remaja dipantau Sekolah Hendry Gurney

Utusan Sarawak 2 years ago

Mahkamah memerintahkan pesalah muda terlibat dalam kegiatan dadah untuk dihantar ke sekolah berkenaan sehingga usia 21 tahun.

KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terlibat dalam kegiatan dadah.

Perintah tersebut dijalankan setelah satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mahkamah juga memerintahkan pesalah muda tersebut untuk dihantar ke sekolah berkenaan sehingga usia 21 tahun. 

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa memasukkan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada 4 Januari lalu, sekitar 11.25 pagi. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Ops Dadu: 11 individu ditahan
Next: Dadah: Peniaga dipenjara seumur hidup, 15 sebatan edar syabu 695.93 gram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.