Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Cubaan seludup 600 liter diesel bersubsidi tumpas
  • JENAYAH

Cubaan seludup 600 liter diesel bersubsidi tumpas

Utusan Sarawak 2 years ago

DIRAMPAS… Sebanyak 600 liter minyak diesel bersubsidi yang disimpan di belakang sebuah van dirampas Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sibu pagi semalam di tepi Jalan Upper Lanang.

SIBU: Sebanyak 600 liter minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM46,900 disyaki diseludup di belakang sebuah van, berjaya dirampas pada Op Kontraban di tepi Jalan Upper Lanang di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pemeriksaan dijalankan sepasukan Polis Marin Wilayah 5 Sibu sekitar 10.00 pagi apabila melihat pemandu van terbabit berada dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan telah menahan seorang lelaki tempatan lingkungan umur 46 tahun yang membawa muatan lebih kurang 600 liter minyak diesel. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM46,900,” jelasnya menerusi satu kenyataan media.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Polis jejaki suspek belasah pembekal sayur
Next: Cubaan seludup diesel bernilai RM300,000 tumpas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.