Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Covid-19: Tiada kes positif
  • TEMPATAN

Covid-19: Tiada kes positif

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Amar Douglas Uggah pada sidang media perkembangan Covid-19 Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, di Kuching, semalam.

KUCHING: Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes positif Covid-19 untuk empat hari berturut-turut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri kekal 678 semalam.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, semalam terdapat lapan kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes postif Covid-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 607 orang atau 89.53 peratus.

“Manakala, seramai 52 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital, dan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.80 peratus,” katanya.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata demikian dalam sidang media perkembangan Covid-19 Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, di sini, semalam.

Menurutnya, semalam juga terdapat emapt orang yang disyaki (PUI) baru dilaporkan dan tiga kes masih menunggu ujian makmal.

Mengenai kluster Covid-19 yang masih aktif, Uggah berkata setakat semalam terdapat 10 kluster di Sarawak yang masih aktif.

“Kluster Syarikat Kejuruteraaan kekal dengan lapan kes, Kluster Mambong kekal tujuh kes, Kluster Pusat Perubatan kekal tiga kes, Kluster Jupiter kekal tiga kes dan Kluster Pasar Stutong kekal tujuh kes.

“Sementara Kluster Jeti Kuching kekal dua kes, Kluster Sentosa kekal 31 kes, Kluster PUI Melbourne kekal dua kes, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching kekal dua kes dan Kluster Pasar Satok kekal empat kes,” jelasnya.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Lelaki bujang tinggal sehelai sepinggang
Next: KMKK disaran kemas kini rekod kawasan masing-masing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.