Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Covid-19 dianggap penipuan
  • GLOBAL

Covid-19 dianggap penipuan

Utusan Sarawak 5 years ago
BANTAHAN… Beribu penunjuk perasaan berkumpul di dataran Zegreb semalam. • Foto AFP

Zagreb: Beribu penunjuk perasaan berkumpul di dataran Zagreb, Croatia, semalam bagi membantah tindakan pihak berkuasa berhubung pandemik Covid-19 dan menyifatkannya sebagai membahayakan hak asasi manusia dan kebebasan.

Mereka mengangkat beberapa sepanduk tertera ‘Covid adalah penipuan, tanggalkan pelitup muka dan tutup TV’ sebagai tanda protes.

Ia diadakan sempena Festival Kebebasan dan bertujuan memberi amaran terhadap sekatan yang berkaitan dengan koronavirus yang didakwa penganjur sebagai mencabuli hak kebebasan tanpa dasar perubatan atau perundangan yang sah.

“Kami bertegas dalam menjaga hak asasi manusia, kebebasan, pengetahuan, solidariti dan saling menghormati.

“Ia mengenai sekatan sosial, pemaksaan jarak fizikal dan pengurangan hubungan fizikal,” kata kumpulan yang menganjurkan acara itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu Menteri Kesihatan Vili Beros dalam reaksinya berhubung perkara itu berkata, dia tidak menyokong “pendekatan tidak saintifik terhadap Covid-19.”

“Semua sekatan sementara ini mempunyai satu tujuan, untuk melindungi kesihatan dan kehidupan warga Croatia. Kami berjaya dalam hal itu, ” katanya.

Negara dengan 4.2 juta penduduk itu mencatat kurang dari 100 kes dalam ketika awal pandemik dan tidak ada jangkitan baru pada pertengahan Mei.

Namun, sejak membuka sempadannya kepada pelancong musim panas, berlaku peningkatan kes baharu yang mencecah lebih dari 200 setiap hari pada akhir Ogos dengan 369 kes Khamis lalu.

Sejak pertengahan bulan Julai, Croatia mewajibkan pemakaian pelitup muka untuk pengangkutan awam serta semua perkhidmatan yang membabitkan ramai pelanggan.

Ketika ini negara itu mencatatkan hampir 12,000 jangkitan dengan 197 kematian disebabkan masalah pernafasan.-AFP

Continue Reading

Previous: TUJUH BULAN ‘hidup’ di laut
Next: Korea Selatan mula stok beras kecemasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.