Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Congo ‘diserang’ Ebola
  • GLOBAL

Congo ‘diserang’ Ebola

Utusan Sarawak 5 years ago
PUSAT rawatan wabak Ebola di Mangima, Congo.• Foto AFP

GENEVA: Selain Covid-19 dan campak, Congo berdepan dengan satu lagi krisis kesihatan iaitu penularan wabak Ebola, sekali gus menambah satu lagi masalah kesihatan yang sedang melanda negara berkenaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan mengenai perkara itu namun sehingga kini negara berkenaan masih belum mengisytiharkan secara rasmi bahawa wabak Ebola sudah tamat di timur negaranya di mana lebih 2,000 maut sejak Ogos 2018.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata kes baharu Ebola juga dikesan di mana pihak berkuasa kesihatan Congo sudah mengenal pasti enam kes di utara Mbandaka di wilayah Equateur.

“Dalam pada itu, Pemerintah Republik Demokratik Congo (DRC) semalam mengumumkan bahawa penularan baharu virus Ebola juga dikesan dekat bandar Mbandaka di wilayah Equateur. “Kes terbaharu ini dikesan di bahagian lain iaitu di barat DRC. WHO akan terus menyokong DRC dalam menangani wabak Ebola dan Covid-19,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Jabatan Polis Minneapolis bakal dibubar
Next: New Zealand rai bebas Covid-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.