Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • CMS sasar perkukuh kedudukan, cadang bangun Clinker Line Dua
  • TEMPATAN

CMS sasar perkukuh kedudukan, cadang bangun Clinker Line Dua

Utusan Sarawak 2 months ago
PENGARAH Urusan Kumpulan CMS, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib beramah mesra dan bersalaman dengan para tetamu yang hadir sempena Rumah Terbuka Aidilfitri CMS di Kuching, hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Cahya Mata Cement Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) sedang memohon kelulusan daripada kerajaan Sarawak bagi memulakan pembangunan fasiliti baharunya, Clinker Line 2 di Mambong, di sini.

Penasihat Undang-Undang Kumpulan CMS, Izzam Ibrahim berkata projek baharu itu menandakan usaha syarikat yang sedang bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar klinker terbesar di Borneo.

“Kami dalam proses menunggu kelulusan dan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memulakan pembinaan.

“Gerak kerja telah disusun, termasuk semua tenaga kerja dan proses perolehan yang diperlukan untuk memulakan projek ini. Sebaik sahaja ia bermula, penyiapan projek akan berjalan seperti dirancang,” katanya dalam sidang media sempena Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri CMS di sini, hari ini.

Pembangunan Clinker Line 2 dijangka siap pada Mac 2027, dengan keupayaan tambahan sebanyak 6,000 tan klinker sehari, sekali gus meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunan Cahya Mata Cement daripada 900,000 tan kepada 1.92 juta tan.

Projek ini dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran simen di Sarawak bagi memenuhi keperluan infrastruktur negeri yang semakin meningkat untuk tempoh 15 tahun akan datang.

Fasiliti itu akan dibangunkan dengan kerjasama Sinoma Industry Engineering (M) Sdn Bhd, selepas perjanjian perundingan teknikal dimeterai pada November 2023. Perjanjian tersebut merangkumi reka bentuk baharu, pembinaan Clinker Line serta pengoptimuman fasiliti pengeluaran klinker sedia ada.

Kemudahan baharu ini akan dilengkapi sistem pemulihan haba sisa yang mampu menjana sehingga enam megawatt kuasa elektrik, sistem penapisan debu yang canggih bagi mengurangkan pelepasan hingga 50 peratus, serta peralatan berteknologi tinggi yang direka untuk menurunkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon dioksida.

Apabila beroperasi sepenuhnya, fasiliti ini akan membolehkan Kumpulan Cahya Mata memenuhi permintaan simen yang semakin meningkat di Sarawak, dengan unjuran pengeluaran tahunan mencecah 2.4 juta tan metrik. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 1,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Tanjong Datu
Next: Rumah Terbuka Aidilfitri CMS pupuk perpaduan kaum, keharmonian masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.