Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • China tambah 11 syarikat AS ke dalam senarai entiti tidak boleh dipercayai
  • GLOBAL

China tambah 11 syarikat AS ke dalam senarai entiti tidak boleh dipercayai

Utusan Sarawak 1 month ago

BEIJING: China menambah 11 firma Amerika Syarikat (AS) termasuk Skydio dan BRINC Drones, ke dalam senarai entiti tidak boleh dipercayai, umum Kementerian Perdagangan negara itu semalam, lapor Xinhua.

Kesemua syarikat itu tanpa menghiraukan bantahan kuat dari China menjalankan apa yang dipanggil kerjasama teknologi ketenteraan dengan Taiwan, yang secara serius menjejaskan kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan pembangunan China, kata jurucakap Kementerian Perdagangan dalam satu kenyataan.

China mempertanggungjawabkan 11 firma itu atas aktiviti haram mereka, mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan, menurut kenyataan itu.

China sentiasa mengendalikan isu yang berkaitan dengan senarai entiti tidak boleh dipercayainya dengan berhati-hati dan hanya menyasarkan sebilangan kecil entiti asing yang menjejaskan keselamatan negara China, kata jurucakap itu.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan untuk entiti asing yang jujur dan mematuhi undang-undang,” kata jurucakap itu.

Menurutnya, Kerajaan China, seperti kelaziman, mengalu-alukan syarikat dari semua negara untuk melabur dan beroperasi di China dan komited untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang stabil, adil dan boleh diramal untuk perusahaan asing yang beroperasi mengikut undang-undang dan peraturan. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump perkenal ‘Kad Emas’ untuk imigran kaya ke Amerika Syarikat
Next: Mandalay paling teruk terjejas gempa bumi kuat di Myanmar, 2,053 terbunuh  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.