Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ceburi pertanian moden – Roland Sagah
  • TEMPATAN

Ceburi pertanian moden – Roland Sagah

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN … Datuk Roland Sagah Wee Inn merakamkan gambar pada Majlis Perasmian Penangguhan Program Jangkauan Pengembangan Komuniti Pertanian (AgriCOP) Siri 3/2020 DUN Kedup, semalam.

KUCHING: Rakyat digalakkan untuk menceburi penanaman moden secara hidroponik dalam meningkatkan jumlah pengeluaran serta produktiviti tanaman.

Menurut suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn, penanaman secara hidroponik diyakini mampu menghasilkan sayuran yang lebih baik serta berkualiti.

“Ketahanan sayur hidroponik juga lebih lama berbanding kaedah konvensional dan juga dipraktikkan jika tidak mempunyai tanah yang luas,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri bersedia untuk membantu dari segi pengumpulan, pengkelasan hasil dan pemasaran produk bukan sahaja di dalam negeri bahkan ke luar negara.

Kenyataan tersebut dikeluarkan semasa beliau berucap dalam Majlis Perasmian Penangguhan Program Jangkauan Pengembangan Komuniti Pertanian (AgriCOP) Siri 3/2020 DUN Kedup, semalam.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben berkata, program yang dianjurkan tersebut telah memberi pendedahan tentang pendekatan menggunakan kaedah baharu dan teknologi pertanian moden bagi meningkatkan keselamatan, kualiti dan hasil dari produk yang diusahakan.

Oleh RYNNA SHA’ERRA MINDEW

Continue Reading

Previous: 88 terima bantuan Ziarah Kamek di Simunjan
Next: FINAS santuni veteran seni Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.