Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Capai potensi sebagai komunikator, pemimpin
  • Tengah
  • WILAYAH

Capai potensi sebagai komunikator, pemimpin

Utusan Sarawak 2 months ago
UNTUK KENANGAN… Sean (duduk tengah, barisan depan), Presiden Kelab Pidato Sibu Patricia Chek Rima (duduk tiga kanan, barisan depan) serta yang lain merakamkan kenangan pada Pertandingan Pidato bagi Kawasan S2 anjuran Kelab Pidato Sibu.

SIBU: Pertandingan pidato Toastmasters adalah platform yang ideal bagi para peserta untuk mencapai potensi penuh mereka sebagai komunikator dan pemimpin.

Pembantu khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Sean Wong berkata, dalam dunia yang mana hubungan bermakna semakin berkurangan, komitmen untuk menyampaikan idea dengan kejelasan dan keyakinan adalah lebih penting daripada sebelumnya.

“Kemahiran yang anda asah di sini akan membuka peluang dalam kerjaya anda, mengukuhkan hubungan anda dan memperluaskan impak anda dalam setiap komuniti yang anda sentuh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mewakili Dato Sri Wong Soon Koh pada Pertandingan Pidato bagi Kawasan S2 anjuran Kelab Pidato Sibu.

Sean menegaskan adalah penting bagi ahli Toastmasters untuk mempunyai ‘a self to live with’ (diri untuk hidup bersama), kepercayaan untuk dipegang dan misi untuk diperjuangkan.

“Ini bermaksud membangunkan kesedaran diri dan integriti. Untuk mempunyai kepercayaan untuk dipegang bukan sekadar merujuk kepada kepercayaan agama.

Ia merangkumi nilai teras dan keyakinan anda – apa yang anda anggap benar dan bermakna dalam dunia yang penuh ketidakpastian.

“Untuk mempunyai misi untuk diperjuangkan merujuk kepada keperluan asas manusia terhadap tujuan hidup,” katanya.

Tambahnya, tiga elemen ini iaitu identiti, kepercayaan dan tujuan, membentuk asas kepada kehidupan yang bermakna.

Kelab Pidato Sibu (KPS) merupakan cabang Kelab Toastmaster menggunakan Bahasa Melayu pertama dilancarkan secara rasmi baru-baru ini.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Komited bantu masyarakat setempat
Next: 54 penerima MRP-PPRMS luah kesyukuran baik pulih rumah siap sebelum Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.