Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Calon muka baharu Batang Lupar berdepan saingan
  • PRU-15
  • SEMASA

Calon muka baharu Batang Lupar berdepan saingan

Utusan Sarawak 3 years ago

Calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) Mohamad Shafizan Kepli diiringi calon GPS adalah Pengerusi Tetap PBB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, bekas Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi, ADUN Beting Maro Razaili Gapor dan ADUN Lingga Dayang Noorazah Awg Sohor.

SIMANGGANG: Kerusi Parlimen Batang Lupar bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) Mohamad Shafizan Kepli dicabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wel @ Maxwell Rojis dan Hamdan Sani dari Perikatan Nasional (PN).

Wel @ Maxwell Rojis tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) Pejabat Daerah Sri Aman pada 9.03 pagi, calon GPS, Mohamad Shafizan tiba pada 9.09 pagi dan Hamdan tiba sekitar 9.15 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Batang Lupar, Shariff Bujang mengumumkan penerimaan tiga calon itu.

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan tersebut dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati tiada calon yang ditolak kertas penamaannya,” katanya.

Turut hadir bagi memberi sokongan kepada calon GPS adalah Pengerusi Tetap PBB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, bekas Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi, ADUN Beting Maro Razaili Gapor dan ADUN Lingga Dayang Noorazah Awg Sohor.

Tags: PENAMAAN CALON

Continue Reading

Previous: Wan Junaidi hadir beri sokongan kepada Nancy, dicabar AMANAH dan Bebas
Next: Abdul Halil cuba nasib pula di Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.