Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cadang nama Akademi Aeroangkasa di Lundu
  • TEMPATAN

Cadang nama Akademi Aeroangkasa di Lundu

Utusan Sarawak 7 months ago

Abang Johari pada majlis pelancaran Akademi Penerbangan CENTEXS di Lundu hari ini. Foto SHAHRUL QAIZAT

LUNDU: Nama Akademi Penerbangan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di sini, dicadang ditukar kepada Akademi Aeroangkasa.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata nama itu lebih sesuai memandangkan akademi berkenaan bukan sahaja menumpukan terhadap industri penerbangan tetapi juga meliputi bidang angkasa lepas.

“Kita berkerjasama dengan pihak pendidikan tinggi dan rakan kita di luar (negara), contohnya Turkiye saya difahamkan dari segi pertahanan mereka sangat kuat (dalam bidang pertahanan dan kejuruteraan),” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Akademi Penerbangan CENTEXS di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan Sarawak juga bekerjasama dengan pihak Airbus dan Boeing untuk memperkukuh hubungan industri dan meningkatkan kualiti pendidikan serta latihan.

“Mudah-mudahan kita juga akan ada satelit sendiri… mempunyai rangkaian satelit adalah untuk tujuan ekonomi supaya kita dapat menyediakan data berharga untuk pembangunan ekonomi,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara CENTEXS dan Aviation Design Centre (ADC) serta Kolej Universiti i-CATS.

Pertukaran MoA itu bertujuan memperkukuh kepakaran dalam menawarkan inisiatif pembangunan bakat yang komprehensif bagi melahirkan juruteknik dan profesional mahir yang dapat memenuhi permintaan sektor penerbangan dan aeroangkasa.

CENTEXS dalam kenyataan memaklumkan CENTEXS Lundu akan menawarkan program pensijilan teknikal serta teknologi dan profesional berkaitan penerbangan untuk lepasan sekolah dan lepasan ijazah, manakala i-CATS akan menawarkan program ijazah aeroangkasa dan pascasiswazah.

Program latihan yang ditawarkan merangkumi pelbagai aspek seperti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih helikopter, pesawat sayap tetap dan avionik serta pembuatan aeroangkasa.

Continue Reading

Previous: TYT, Premier beri penghormatan terakhir kepada mendiang ibu mertua Menteri Kerja Raya
Next: SALCRA mampu ubah ekonomi penduduk luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.