Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Cabaran Malaysia di Terbuka Australia berakhir
  • SUKAN

Cabaran Malaysia di Terbuka Australia berakhir

Utusan Sarawak 5 hours ago
BEREGU wanita negara Noraqilah Maisarah (kanan) dan Low Zi Yu (kiri) ketika menentang beregu China Bao Li Jing dan Cao Zi Han pada kejohanan Perodua Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia dalam saingan badminton Terbuka Australia berakhir selepas dua wakil terakhir negara, iaitu perseorangan lelaki Justin Hoh dan beregu wanita Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Pada aksi kejohanan Super 500 yang berlangsung di Olympic Boulevard, Sydney, Justin terpaksa akur apabila tewas kepada pemain Indonesia Moh Zaki Ubaidillah 7-21, 13-21 dalam pertarungan selama 38 minit.

Keputusan itu menyaksikan Moh Zaki akan meneruskan kemaraan di pusingan separuh akhir menentang pemain China Dong Tian Yao.

Sementara itu, Zi Yu-Noraqilah Maisarah turut menerima nasib yang sama apabila tewas kepada gandingan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari 13-21, 17-21.

Gandingan pilihan ketujuh kejohanan itu akan membuat perhitungan berdepan pasangan Taiwan Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun di separuh akhir. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kapten Jepun Wataru Endo tarik diri daripada Piala Dunia
Next: Skuad AS cergas sepenuhnya, siap hadapi cabaran sukar Paraguay – Pochettino

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.