Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bunga kantan sentiasa mendapat permintaan tinggi 
  • Utara
  • WILAYAH

Bunga kantan sentiasa mendapat permintaan tinggi 

Utusan Sarawak 11 hours ago
BUNGA kantan.

MIRI: Bunga kantan terus menjadi antara herba tradisional paling popular di Sarawak kerana keunikan aroma dan kegunaannya dalam pelbagai masakan tempatan.

Berwarna merah jambu yang menarik, bentuknya yang unik serta aroma segar yang tersendiri, bunga kantan sering digunakan bagi menaikkan rasa dan bau dalam pelbagai hidangan tempatan.

Antara masakan yang cukup popular menggunakan bunga kantan ialah ikan pansuh, ayam pansuh, asam pedas, kerabu, ulam-ulaman serta dimasak dengan pucuk paku atau daun ubi.

Bunga kantan juga enak ditumis bersama ikan bilis, menghasilkan hidangan yang ringkas tetapi penuh aroma dan menyelerakan.

ENAK… Bunga kantan enak ditumis bersama ikan bilis.

Rasa harum bunga kantan yang unik berpadu dengan masin ikan bilis serta sedikit pedas menjadikan lauk ini pembuka selera, terutama apabila dimakan bersama nasi panas. 

Kebiasaannya, masakan ini ditambah bawang merah, bawang putih, cili, dan kadangkala sedikit belacan bagi menaikkan lagi rasanya.

Aroma segar bunga kantan bukan sahaja menambah keenakan makanan, malah membantu menghilangkan bau hanyir, terutama dalam masakan berasaskan ikan dan makanan laut.

Di pasar tempatan seluruh Sarawak, bunga kantan sentiasa mendapat permintaan tinggi sama ada untuk kegunaan harian mahupun perniagaan makanan.

Populariti bunga kantan membuktikan tumbuhan ini bukan sekadar pelengkap rasa, tetapi sebahagian daripada warisan budaya dan gaya hidup masyarakat Sarawak.

Sebagai khazanah herba tempatan, bunga kantan terus relevan dalam memperkasa identiti makanan tradisional dan ekonomi komuniti di Bumi Kenyalang.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Fasa 1 projek bangunan baharu MPP selesai, tapak kini sedia dibangunkan
Next: PDP perlu aktif sepanjang masa, bukan tunggu musim pilihan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.