Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buka peluang kepada rakyat fahami proses penggubalan dasar
  • Utara
  • WILAYAH

Buka peluang kepada rakyat fahami proses penggubalan dasar

Utusan Sarawak 1 month ago
KUNJUNGAN HORMAT…  Chiew Choon Man (empat kanan) semasa menerima kunjungan hormat dari Persatuan Wartawan Utara Sarawak di Miri,  hari ini.

MIRI: Ahli Parlimen Miri,  Chiew Choon Man mengalu-alukan mana-mana organisasi, institusi pendidikan mahupun persatuan di sini yang ingin mengunjungi Parlimen semasa persidangan berlangsung.

Beliau berkata, lawatan ke Parlimen membuka peluang kepada rakyat untuk memahami proses penggubalan dasar, peranan wakil rakyat serta keunikan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

“Dengan melihat sendiri perjalanan sidang Dewan Rakyat dan suasana kerja ahli-ahli Parlimen, lawatan seperti ini mampu menyemai kefahaman, meningkatkan minat terhadap hal ehwal negara, serta memupuk rasa tanggungjawab sivik.

“Saya percaya bahawa pendedahan secara langsung kepada proses demokrasi ini dapat menyuburkan kesedaran politik yang sihat dan memperkasakan rakyat dalam menyuarakan pandangan mereka secara lebih berinformasi dan berstruktur,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Wartawan Utara Sarawak hari ini bagi membincangkan cadangan lawatan persatuan itu ke Parlimen Malaysia yang dijadualkan pada hujung tahun ini.

Justeru itu, pejabatnya  bersedia untuk membantu dari segi penyelarasan dan komunikasi dengan pihak pentadbiran Parlimen.

“Tahun lalu, saya turut membantu beberapa rombongan pelajar dan sekolah dari Miri yang mengadakan lawatan sambil belajar ke universiti di Lembah Klang dengan memasukkan sesi lawatan ke Parlimen sebagai sebahagian daripada pengalaman mereka.

“Parlimen ialah institusi tertinggi demokrasi di negara ini dan merupakan milik rakyat.

“Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk mendekatkan Parlimen kepada masyarakat, terutama generasi muda dan pengamal media tempatan seperti Persatuan Wartawan.

“Inilah aspirasi Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang komited untuk menjadikan Parlimen sebagai rumah rakyat yang terbuka dan inklusif,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Miri diberi kuasa cetak MyKad, selesai isu kelewatan – Chiew
Next: HEP Bakun: Pelepasan air terkawal dilaksanakan mulai 18 April-8 Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.