Tadika Chung Hua terima lima kipas siling

Facebook
WhatsApp
SUMBANGAN.....Lau mengetuai pasukan Pasukan SUPP Bawang Assan menyerahkan sumbangan lima kipas siling kepada Tadika Chung Hua, hari ini.

SIBU: Pengerusi Cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie mengetuai Pasukan SUPP Bawang Assan menyerahkan sumbangan lima kipas siling kepada Tadika Chung Hua, hari ini.

Pengetua Tadika Chung Hua, Wong Kiew Sieng sebelum ini memaklumkan kepada Lau dan pasukannya mengenai keperluan tambahan kipas untuk memastikan murid lebih selesa ketika mengikuti pembelajaran.

Susulan itu, Lau bersama pasukannya mengambil tindakan dengan menyediakan lima kipas siling untuk kegunaan tadika berkenaan.

Dalam kunjungan sama, Lau dan pasukannya turut mendapatkan maklumat mengenai keperluan serta masalah lain yang dihadapi oleh pihak tadika, khususnya berkaitan kemudahan dan penyelenggaraan premis.

Menurut Wong, sebahagian bumbung tadika sudah lama dan memerlukan kerja mengecat serta penyelenggaraan, selain berdepan masalah kebocoran.

Beliau berharap pelbagai isu berkenaan dapat ditangani secara berperingkat dengan bantuan pihak berkaitan bagi meningkatkan kemudahan serta keselamatan premis.

Pihak tadika merakamkan penghargaan atas sumbangan lima kipas siling tersebut dan berharap sokongan daripada pelbagai pihak dapat diteruskan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan selesa untuk murid.

Oleh Akun Giman