Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Budaya ‘ngabang’ perkukuh perpaduan Sarawak
  • TEMPATAN

Budaya ‘ngabang’ perkukuh perpaduan Sarawak

Utusan Sarawak 3 hours ago
 PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkunjung ke kediaman bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang sempena sambutan Hari Gawai Dayak, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Budaya kunjung-mengunjung atau ‘ngabang’ sempena Hari Gawai terus menjadi amalan yang mengukuhkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg hari ini berkunjung ke kediaman bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang sempena sambutan Hari Gawai Dayak.

Ketibaan beliau sekitar tengah hari disambut mesra oleh Alfred Jabu dan ahli keluarganya sebelum meluangkan masa beramah mesra serta menikmati hidangan bersama tetamu yang hadir.

Menurut Alfred Jabu, amalan ‘ngabang’ yang turut dilakukan ketika sambutan Hari Raya dan Tahun Baharu Cina membuktikan keikhlasan rakyat Sarawak dalam memupuk perpaduan serta saling menghormati antara satu sama lain.

 BEKAS Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang bercakap ketika ditemui pemberita, hari ini. Foto UKAS

“Semangat ‘Segulai Sejalai’ yang diamalkan rakyat negeri ini telah menjadi contoh keharmonian masyarakat majmuk sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat nasional,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tambah beliau, musim perayaan juga merupakan waktu terbaik untuk membawa generasi muda mengenali saudara-mara dan rakan-rakan sekali gus memastikan nilai perpaduan terus diwarisi.

Pada masa sama, Alfred Jabu memuji kepimpinan Premier Sarawak yang disifatkan mesra rakyat serta mempunyai perancangan jelas untuk pembangunan jangka panjang negeri.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta barisan menteri dan timbalan menteri kabinet Sarawak.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Birarak Gawai Taee ke-56 cerminan perpaduan rakyat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.