Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BSMM Cabang Sri Aman sasar 70 penderma layak tampil derma darah esok
  • WILAYAH

BSMM Cabang Sri Aman sasar 70 penderma layak tampil derma darah esok

Utusan Sarawak 11 months ago
SOKONG KEMPEN DERMA DARAH… Kempen derma darah  yang akan diadakan di Pejabat BSMM cabang Sri Aman berdekatan bulatan Merpati dekat Bandar Simanggang. esok.

SIMANGGANG: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Sri Aman menyasarkan sebanyak 70 penderma darah berkelayakan tampil pada kempen derma darah anjurannya di sini, esok.

Jurucakap BSMM menerusi kenyataan media memaklumkan, kempen yang berlangsung di pejabat pertubuhan berhampiran bulatan Merpati Putih dalam bandar ini bermula 8.30 pagi hingga 1.00 petang itu bersempena Hari Penderma Darah Sedunia yang diraikan pada setiap 14 Jun (hari ini) di seluruh dunia.

Jelasnya, kempen ini bertujuan bagi membantu menambah bekalan darah di hospital.

BSMM turut memaklumkan bahawa individu yang layak menderma darah pada kempen kali ini bakal menerima sijil Hari Penderma Darah Sedunia 2024 daripada pihaknya sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka.

Selain itu, katanya, orang ramai yang hadir pada kempen itu, esok, juga berpeluang untuk menjalani saringan kesihatan secara percuma yang dikendalikan oleh pihak Home Town Pharmacy Sri Aman.

Justeru, pihak BSMM berharap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menghadiri kempen derma darah bersempena tersebut.

Continue Reading

Previous: 89 daripada 170 calon SPM 2023 peroleh sekurang-kurangnya 5A dalam semua mata pelajaran
Next: RM28.4 juta untuk laksana projek kawasan DUN Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.