Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BPHB terus salur bantuan kepada komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

BPHB terus salur bantuan kepada komuniti

Utusan Sarawak 2 months ago
RUSLAN Abdul Ghani menyerahkan sumbangan meja dan kerusi kepada Pengerusi Masjid Ar-Rahman, Sebauh, sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR BPHB. Foto Bintulu Port

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), melalui Yayasan Bintulu Port terus menyalurkan bantuan kepada komuniti dengan menyumbangkan peralatan dan keperluan asas kepada Masjid Ar-Rahman Sebauh serta golongan yang memerlukan.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), BPHB menyerahkan 10 unit meja dan 100 unit kerusi kepada masjid tersebut bagi kemudahan jemaah.

Selain itu, sebanyak 60 bakul makanan diagihkan kepada golongan asnaf, B40 dan ibu tunggal sebagai persediaan menjelang Aidilfitri.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Ruslan Abdul Ghani berkata, program bantuan seumpama itu amat penting dalam mengukuhkan hubungan sosial selain membantu meningkatkan kesejahteraan komuniti.

“BPHB akan terus komited dalam memanfaatkan platform yang ada untuk meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan komuniti sekitarnya.

“Kami berharap sumbangan ini dapat menceriakan para penerima dan kami berdoa agar usaha murni ini dapat diteruskan dalam membantu komuniti yang memerlukan,” katanya ketika berucap pada majlis Iftar Bersama Komuniti di Masjid Ar-Rahman, Sebauh, malam tadi.

Turut hadir, Pemangku Naib Presiden/Ketua Pegawai Operasi, Operasi Pelabuhan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Sdn. Bhd., Matshalleh Mohamad Etli dan Pengurus Besar Perhubungan Pihak Berkepentingan BPHB, Maslihah Tioh.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BPHB dalam menyokong kesejahteraan masyarakat dan memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kongsi keberkatan Ramadan
Next: Misi selamatkan mangsa terperangkap banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.