Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bot tunda, tongkang ditahan APMM akibat gagal kemuka dokumen sah
  • JENAYAH

Bot tunda, tongkang ditahan APMM akibat gagal kemuka dokumen sah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DITAHAN… Sebuah vesel tunda dan tongkang telah ditahan susulan kegagalan mengemukakan dokumen sah semasa diperiksa oleh APMM Zon Maritim Miri, semalam.

MIRI: Akibat gagal mengemukakan dokumen yang sah, sebuah vesel tunda dan sebuah tongkang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri pada 4.16 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata vesel tunda dan tongkang berkenaan telah ditahan pasukan peronda bot APMM semasa melaksanakan Op Permai 01/2019 dan Op Tiris 3.0 pada kedudukan sekitar 2.9 batu nautika barat laut Kuala Baram.

“Vesel tunda tersebut bersama enam kru termasuk nakhoda warga tempatan dalam lingkungan usia 28 hingga 59 tahun telah ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan petang tadi.

Sementara itu, kes tersebut disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal mengemukakan dokumen yang sah semasa diperiksa oleh pegawai agensi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Father and son seriously injured in Siburan attack by masked men, now in stable condition
Next: Kastam Sarawak rampas dadah bernilai RM1.2 juta guna khidmat kurier

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.