Polis buru suspek cuba curi transformer SEB di Bau

Facebook
WhatsApp
KEROSAKAN pada transformer SEB akibat cubaan mencuri di Tembawang dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000.

BAU: Polis sedang menyiasat cubaan mencuri sebuah transformer milik Sarawak Energy Berhad (SEB) berhampiran Menara SACOFA di Tembawang, Jalan Bau-Lundu, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A. Rahman berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 1.38 petang selepas pihak SEB dimaklumkan oleh SACOFA mengenai gangguan bekalan elektrik di menara berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati berlaku cubaan mencuri transformer tersebut sehingga menyebabkan kerosakan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada saksi mata yang melihat kejadian.

PERCUBAAN mencuri transformer SESCO di Bau.

“Bagaimanapun, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai menunjukkan sebuah kenderaan sedan berwarna kelabu memasuki kawasan berkenaan kira-kira 5.58 petang, manakala seorang suspek lelaki dilihat berada di luar pagar dan dipercayai cuba mencuri transformer tersebut,” katanya.

Mohd Haide berkata, pemeriksaan mendapati bahagian ‘bushing’ transformer berkenaan pecah, dipercayai akibat ditarik menggunakan tali.

Katanya, polis telah mengambil keterangan pengadu dan menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian, termasuk mengambil gambar serta menyediakan rajah kasar.

“Nota arahan kepada anggota detektif IPD Bau telah dikeluarkan bagi mengesan dan menangkap suspek, manakala rakaman CCTV turut dipohon daripada pihak SACOFA untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Oleh Connie Chieng

Suspek curi dua rim kereta ditangkap

MIRI: Cubaan seorang lelaki mencuri dua rim kereta di Kampung Sungai Baong, Krokop, di sini, terbongkar selepas aksinya dirakam kamera