Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bot pelancong karam di India,sembilan mayat ditemukan
  • GLOBAL

Bot pelancong karam di India,sembilan mayat ditemukan

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

HYDERABAD: Sembilan mayat ditemukan selepas sebuah bot pelancong karam di negeri Madhya Pradesh, tengah India.

Bot yang membawa lebih 40 orang itu terbalik akibat cuaca buruk semalam di Sungai Narmada di Empangan Bargi, yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandar Jabalpur dan lebih 350 kilometer dari ibu negeri, Bhopal.

Mangsa yang terselamat mempersoalkan kegagalan pematuhan peraturan keselamatan dan terdapat laporan mengenai kekecohan berkaitan jaket keselamatan

“Empat mayat ditemukan semalam, manakala lima lagi ditemukan  semasa operasi menyelamat pada awal pagi, menjadikan angka korban meningkat kepada sembilan orang,” kata Menteri Pelancongan Madhya Pradesh, Dharmendra Bhav Singh Lodhi, lapor agensi berita PTI hari ini.

Seramai 28 orang berjaya diselamatkan manakala enam lagi dilaporkan masih hilang.

Ramai penumpang telah meminta kru supaya berpatah balik ke pantai berikutan angin kencang, namun rayuan mereka tidak diendahkan, kata saksi kepada media tempatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dakwaan Harimau Malaya sakit di Jepun palsu – Perhilitan
Next: Tidak mahu nampak gemuk, Donald Trump tolak jaket kalis peluru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.