Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bot karam, isteri selamat suami masih belum ditemui
  • Tengah
  • WILAYAH

Bot karam, isteri selamat suami masih belum ditemui

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan hari ini bagi mencari seorang lelaki warga emas yang hilang selepas bot yang dinaikinya bersama isteri karam di hilir Jambatan Sangan di sini.

Mangsa, 69, berasal dari Rumah Antau Sait di Sungai Anap, dilaporkan hilang dalam kejadian yang berlaku sekitar 4.50 petang, semalam.

Ketika itu, mangsa bersama isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah panjang selepas menghantar anak mereka ke pekan Sangan.

Isteri mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk berhampiran, namun mangsa masih belum ditemukan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi SAR bermula sekitar 8.25 pagi di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Wharf Shell.

Operasi hari ini disertai oleh enam anggota bomba menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi menyusuri kawasan sekitar lokasi kejadian.

Selain JPBM, operasi turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memperluas kawasan pencarian dan meningkatkan keberkesanan operasi.

Setakat 1.00 tengah hari tadi, mangsa masih dijumpai oleh pasukan SAR.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 19 hari berlalu, tiga kampung di Mukah pada tahap bahaya akibat banjir  
Next: Sim berkunjung ke rumah kediaman pemimpin SUPP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.