KUCHING: Polis Padawan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang selepas berangkat ke Taiwan pada awal Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Barry William, berkata Balai Polis Batu Kawa menerima laporan berhubung kehilangan wanita berkenaan pada kira-kira 7.33 malam, 9 September 2026.
“Berdasarkan laporan yang diterima, wanita berkenaan tidak dapat dihubungi selepas berangkat ke Taiwan pada awal Ogos 2026,” katanya.
Wanita merupakan seorang wanita berbangsa Iban. Kehilangannya dilaporkan pada 9 September 2026, kira-kira 1.00 petang. Pakaian yang dipakainya ketika kali terakhir dilihat bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Barry meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Azrimah supaya menghubungi Timbalan Ketua Polis Balai Batu Kawa, SM Joelesley Anak Enggat di talian 011-15356535, Balai Polis Batu Kawa di talian 082-463411, Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233, atau mana-mana balai polis berhampiran.





