MARUDI, 28 Nov: Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi menyaksikan persaingan antara dua calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 kali ini.
Persaingan itu melibatkan penyandang kerusi tersebut Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Dr Penguang Manggil, 72, yang berdepan cabaran daripada calon PBDS Jesica Sim 32.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Rose Edward Tarang mengumumkan senarai rasmi calon layak bertandung itu selepas tamat tempoh penyerahan borang pencalonan pada 10.00 pagi.
Pada PRN Sarawak 2021, calon Datuk Dr Penguang calon GPS dari parti PDP memenangi kerusi DUN Marudi dengan 8, 169 undi dengan majoriti 5,976 undi.
Dianggarkan 1,500 penyokong mengiringi Datuk Penguang Manggil dari Dataran Marudi ke Pusat Penamaan Calon pada 8.30 pagi.
Oleh Jiku Jugoung




