Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Sibu bersiap siaga hadapi hujan lebat, ribut petir
  • WILAYAH

Bomba Sibu bersiap siaga hadapi hujan lebat, ribut petir

Utusan Sarawak 9 months ago
KETUA JBPM Zon 4 Sibu
Andy Alie

SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) zon Sibu telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda Sabah dan Sarawak hingga minggu depan.

Ketua JBPM Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, pihak bomba telah menambah baik kelengkapan menyelamat, jentera, aset marin dan keanggotaan.

“Sebagai langkah proaktif, sumber tambahan dari balai berdekatan akan dikerahkan bersama peralatan menyelamat yang diperlukan.

“Komunikasi dengan agensi penyelamat lain juga dipertingkatkan untuk memastikan respons yang pantas dan berkesan,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang meningkatkan rondaan di kawasan berisiko tinggi dan melancarkan kempen kesedaran awam untuk mendidik masyarakat mengenai langkah-langkah keselamatan semasa hujan lebat.

BEBERAPA kawasan rendah di sekitar bandar Sibu dinaiki air minggu lalu.

“Pusat operasi kecemasan juga telah disediakan untuk bertindak segera jika berlaku insiden,” katanya.

Beliau memberitahu, beberapa kawasan rendah dan berhampiran tebingan sungai juga telah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi.

“Pasukan bomba akan memantau kawasan ini dengan teliti dan bersedia untuk sebarang kemungkinan evakuasi jika diperlukan,” katanya.

Andy juga berkata, JBPM Zon Sibu bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), agensi pengurusan bencana dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kerjasama ini melibatkan perkongsian maklumat cuaca, sumber serta penyelarasan operasi menyelamat,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mpox: Tiada kes baharu dilaporkan, KKM pantau virus
Next: Kehadiran Watson Nyabek beri inspirasi kepada pelajar SK Berayang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.