BINTANGOR: Sebatang pokok berukuran 15 kaki panjang telah tumbang melintangi jalan di Jalan Ulu Meradong, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.19 pagi.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh PBK II Kilok Lampas bergegas ke lokasi pokok tumbang.
“Setibanya di lokasi, operasi memotong dan mengalih dahan pokok tumbang dijalankan oleh pasukan bomba.
“Pasukan bomba menggunakan dua mesin gergaji berantai untuk memotong dahan pokok yang tumbang dan operasi itu selesai dalam tempoh lebih kurang 32 minit.
“Khidmat khas selesai sepenuhnya pada 7.00 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Oleh Earl Anek