Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba selamatkan pendaki diserang asma di Miri
  • WILAYAH

Bomba selamatkan pendaki diserang asma di Miri

Utusan Sarawak 5 months ago

Pihak bomba membantu seorang pendaki lelaki yang terkandas di hutan The Grand Old Lady-Canada Hill di Miri, selepas mengalami asma ketika melakukan pendakian pagi tadi. Foto JBPM

KUCHING: Seorang pendaki lelaki yang terkandas di Canada Hill di Miri akibat diserang asma diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pagi tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada 10.27 pagi dan segera menggerakkan bantuan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari mangsa berdasarkan lokasi yang telah dikongsikan melalui aplikasi Google Maps dan mangsa dijumpai pada jarak 300 meter dari jalan utama.

“Pihak bomba mendapati mangsa berumur 25 tahun yang mendaki sendirian itu mengalami kelelahan akibat diserang asma,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dalam keadaan stabil dan dibawa ke kawasan selamat sebelum operasi ditamatkan pada 11.20 pagi.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Buang sampah di tandas awam perlu ditangani
Next: Mangsa jatuh di Sungai Kayan belum dikesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.